KOPERASI YAQEEN AL MAYAN
KEKELUARGAAN KE ARAH PERNIAGAAN
Projek Perniagaan bertunjangkan ikatan kekeluargaan berbekalkan modal permulaan koperasi sebagai sumber kewangan. Aktiviti sedang dijalankan:
Projek Penanaman Pisang Tanduk
Katering
Jualan Ansuran Produk komunikasi
Jualan kerjasama
SATU KELUARGA SATU PERNIAGAAN
NARATIF USAHA KEMAJUAN KOPERASI YAQEEN AL MAYAN SELANGOR BERHAD
- Latar Belakang kewujudan Koperasi Yaqeen Al Mayan
Koperasi Yaqeen Al Mayan Selangor Berhad, adalah Koperasi Keluarga yang telah ditubuhkan Pendaftaran bertarikh 30 JUN 2010 dengan No. Pendaftaran B-4-0842 beralamat No 168, Kampung Pasir Kerling, 44110 Kerling, Hulu Selangor. Maka Koperasi Yaqeen ini telah diwujudkan sejak 13 tahun yang lalu. Dan anggota Koperasi terdiri dari ahli keluarga serta Kawasan operasi Koperasi ini ialah diseluruh Negeri Selangor kecuali Hulu Langat.
- Matlamat, Fungsi Dan Aktiviti
Koperasi Yaqeen Al-Mayan menjadikan Matlamat utamanya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota keluarga serta masyarakat setempat mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetap kan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Untuk mencapai matlamat tersebut maka Koperasi Yaqeen telah meletakkan beberapa Fungsi utama untuk kemajuan anggota terdiri dari, Urusan Pengguna, Perkhidmatan dan Pertanian.
Selain itu beberapa Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan bagi memantapkan ekonomi anggota, terdiri dari menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan, perniagaan dan pertanian serta penternakan. Seterusnya menyertai usahasama dengan Koperasi lain serta berusaha mendapatkan modal secara saksama dengan mengumpul syer, deposit, pinjaman atau simpanan khas daripada anggota dengan kelulusan kebenaran dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
- Aktiviti Kemasyarakatan dan Laporan Koperasi
Koperasi Yaqeen Al Mayan mempunyai 69 anggota buat masa sekarang, yang terdiri dari kalangan ahli keluarga serta sanak saudara.
Pada setiap tahun Koperasi akan menghantar semua laporan aktiviti perniagaan dan pertanian serta pengauditan Koperasi akan disemak oleh pihak SKM, hinggakan Koperasi Yaqeen ini telah disenaraikan sebagai 100 Koperasi terbaik Negeri Selangor.
- Usaha Perubahan Fungsi Serta Kaedah Pertanian Yang Sukses (Nurseri)
Bagi menjayakan serta memantapkan Koperasi Yaqeen ini, pihak pentadbiran Koperasi telah berusaha melakukan beberapa perubahan terutamanya dalam Fungsi Pertanian. Dalam usaha ini seorang anggota koperasi Encik Mohamed Khairul Ikhwan Bin Koyakutty (084) telah mendalami ilmu pertanian dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh agensi Pertanian. Sila lihat lampiran bersama.
Dalam pada itu, jika diberi peluang kepada anggota Koperasi untuk turut serta dalam Projek Pengisian Tanah di Pusat Pertanian Kalumpang dalam bidang pengurusan nurseri, kami pastikan apa-apa perancangan pihak Jabatan Pertanian untuk melihat kawasan persekitaran Pusat Pertanian Kalumpang sebagai Pusat Pelancongan Agro, akan berhasil dengan stretegi kami mengatur dan membentuk sekitar nurseri dengan kreativiti bagaimana untuk mewujukan suasana yang indah dan harmoni.
Dengan pelbagai teknologi yang dicipta bagi tujuan meningkatkan produktiviti sektor pertanian, serta dapat dipelajari dari kursus-kursus tajaan Kerajaan maka kita dapat menilai benih-benih yang berkualiti bagi menghasilkan jenis-jenis pokok bunga, pokok buahan, herba dan lain-lain dengan kaedah klon yang disyorkan oleh Kerajaan.
Strategi yang disusun rapi dalam kaedah membangunkan sosioekonomi untuk membangunkan pasaran jualan walaupun kedudukan tapak operasi terletak di kawasan luar Bandar. Antara lainnya adalah dengan pasaran melalui dalam talian, pemasaran terus secara runcit dan borong serta adakan pendekatan menggabungkan perusahaan nurseri ini dengan menggalakkan penyertaan seluruh Koperasi dalam Negara.
Pengalaman serta pendidikan pertanian yang diterokai oleh anggota Koperasi, kami berkeyakinan bahawa pelaksanaan projek Pengisian Tanah Pertanian Kalumpang ini boleh kami laksanakan dengan sukses.
Usaha Pertanian dan Penternakan Di Tapak Pertanian Mukim Batang Kali
Bagi menjayakan serta memantapkan Koperasi Yaqeen ini, pihak pentadbiran Koperasi pada masa awalnya dalam tahun 2010, sebelas tahun yang lalu telah membuat satu ketetapan agar anggota-anggota yang mempunyai sikap positif seperti kegigihan, kecekalan dan komited berminat dalam bidang pertanian dan perternakan, Koperasi akan cuba usaha dapatkan tapak pertanian yang bersesuian disekitar Hulu Selangor.
Dengan bantuan dan maklumat yang diperolehi, Koperasi dapat teroka tanah hak milik Kerajaan Negeri Selangor anggaran keluasan lebih kurang 52 ekar yang terletak di sekitar kawasan Mukim Batang Kali, Hulu Selangor dan kini dalam usaha untuk memiliki tanah tersebut dan pengesahan sokongan telah pun diterima dari YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk anggota koperasi menjalankan aktiviti pertanian serta penternakan.
Usaha Pertanian dan Penternakan Di Tapak Pertanian Mukim Batang Kali
Bagi menjayakan serta memantapkan Koperasi Yaqeen ini, pihak pentadbiran Koperasi pada masa awalnya dalam tahun 2010, sebelas tahun yang lalu telah membuat satu ketetapan agar anggota-anggota yang mempunyai sikap positif seperti kegigihan, kecekalan dan komited berminat dalam bidang pertanian dan perternakan, Koperasi akan cuba usaha dapatkan tapak pertanian yang bersesuian disekitar Hulu Selangor.
Dengan bantuan dan maklumat yang diperolehi, Koperasi dapat teroka tanah hak milik Kerajaan Negeri Selangor anggaran keluasan lebih kurang 52 ekar yang terletak di sekitar kawasan Mukim Batang Kali, Hulu Selangor dan kini dalam usaha untuk memiliki tanah tersebut dan pengesahan sokongan telah pun diterima dari YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk anggota koperasi menjalankan aktiviti pertanian serta penternakan.
- Projek Ekonomi Koperasi Sedang Laksana
1. Projek Tanaman Pisang Tanduk
Buah pisang merupakan tanaman utama bagi Negara Malaysia berdasarkan Pembangunan Industri Makanan untuk mencapai Sasaran Pelan Imbangan Dagangan Jabatan Pertanian Malaysia.
Peranan yang dimainkan oleh Koperasi Yaqeen Al Mayan Selangor Berhad, bagi menyahut Jabatan Pertanian Malaysia serta menjana ekonomi anggota Koperasi dengan melibatkan Koperasi dalam urusan Projek Tanaman Pisang Tanduk. Dan projek ini sedang diusahakan oleh seorang anggota Koperasi yang bermula pada bulan Oktober 2022 di kawasan Kalumpang Hulu Selangor, tanah seluas 1 ekar (Pajak) serta Koperasi telah keluarkan jumlah wang RM 8,000.00 (Lapan Ribu) sahaja untuk melaksanakan Projek Pisang Tanduk ini.
- Projek Katering Dalam Taman
Koperasi Yaqeen Al-Mayan mencadangkan Projek Agro Pelancongan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri, khususnya di Kompleks Pertanian Kalumpang dan maka Koperasi Yaqeen dengan pengalaman anggota Koperasi yang disertakan juga galakkan idea kreatif dan inovasi bagi membangun serta menguruskan Projek Agro Pelancongan untuk menarik perhatian para pelancong dengan konsep lawatan ladang hasil pertanian yang diusahakan oleh para pengusaha peladang dan seterusnya akan menambah pendapatan dan keuntungan para pengusaha serta akan memakmurkan dan akan memberikan perubahan sekitar kawasan dengan peningkatan tahap kualiti kehidupan dari segi kesihatan dan gaya hidup sihat, maka Koperasi Yaqeen mencadangkan Majlis Keramaian Di Taman seperti Majlis Perkahwinan atau “Garden Wedding”, Pelancaran Majlis Korporat, Makan Tengah hari, Reunion, Sambutan Hari Jadi dan majlis keramaian.
Majlis-majlis keramaian yang diraikan ini dikelilingi kehijauan taman bunga dan herba berserta dengan dusun buah-buahan tempatan pastinya akan menarik lagi tumpuan para pengunjung serta terhibur dengan kecantikan pemandangan semula jadi dan ianya akan mendedahkan lagi dikalayak ramai tentang projek Agro Pelancongan yang di jalankan oleh Jabatan Pertanian Kalumpang Hulu Selangor dengan sendirinya.